Connected MinDef : BYOD 1 Fenomena
RUMUSAN DAN CADANGAN
Merujuk kepada hasil kajiselidik yang telah kami lakukan, sesi soaljawab bersama-sama kakitangan yang terlibat di dalam kajian kes ini dan juga berdasarkan pemerhatian dan penelitian kami terhadap persekitaran kerja di dalam MinDef, maka disini dapatlah dirumuskan bahawa hampir keseluruhan kakitangan awam di MinDef iaitu 98% daripadanya dalam keadaan sedar ataupun tidak, sebenarnya telahpun membawa dan mempraktikan dasar BYOD ke dalam MInDef secara amnya. Kebanyakan dari mereka adalah pengguna peranti-peranti yang terbaru di pasaran dan mereka sebenarnya telah mengikut arus perkembangan teknologi semasa. Mereka juga mahir dalam mengendalikan aplikasi dan kemudahan yang ada dalam internet dalam menguruskan dan mengendalikan kerja-kerja seharian.
BYOD hanyalah satu ungkapan dari istilah " Bring Your Own Device " yang dijadikan satu nama khas kepada trend terbaru ini yang kini menjadi suatu topik perbincangan yang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan yang BYOD telah mencorakan suatu cara kerja yang lebih moden dan mudah bagi seluruh pekerja di sesebuah organisasi. Pihak Majikan perlulah memainkan peranan yang penting dalam memberikan satu panduan atau garis kerja yang selari dengan kepentingannya, selain itu pihak majikan perlu memberi sokongan yang penuh dari pelbagai sudut untuk setiap kakitangannya dalam mengadaptasikan BYOD di dalam organisasinya. Kami yakin dengan adanya perancangan yang teliti dan sempurna dari pihak majikan maka dasar ini akan menjadi suatu pemangkin kepada pertumbuhan dan peningkatan prestasi sesuatu organisasi khasnya di Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef). Kami juga yakin bahawa setiap kakitangan yang berkhidmat di MinDef akan menyokong penuh dalam pelaksanaan dasar BYOD di dalam persekitaran kerja di MinDef. Oleh yang demikian antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak MinDef adalah :
Di harapkan dengan adanya kajian kes seperti ini di Malaysia, maka dapat menjadi satu batu loncatan buat badan-badan kerajaan yang lain dan juga badan-badan swasta di Malaysia dalam merancang dan melaksanakan dasar BYOD di dalam organisasi masing-masing. Kerjasama yang utuh dari pihak MinDef dalam menjayakan kajian kes ini amat kami hargai dan tidak lupa juga buat seluruh kakitangannya yang mengikuti perkembangan kajian kes ini kami ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dari anda semua. Sekian Terima Kasih :)
Lihat : Koleksi gambar sepanjang kajian kes dilakukan di MinDef |