Connected MinDef : BYOD 1 Fenomena
HASIL KAJIAN KES
Suatu kajian kes tentang keberkesanan penggunaan konsep BYOD di dalam MinDef telah dibuat di kalangan kakitangan awam dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef). Seramai 500 orang kakitangan awam Mindef terlibat di dalam kajian kes ini dimana setiap orang yang terlibat perlu menjawab borang kaji selidik yang disediakan. Kami juga telah melakukan satu sesi pembentangan kepada mereka tentang dasar BYOD dan juga satu sesi soaljawab dilakukan oleh kami bersama peserta-peserta yang terlibat. Kumpulan ini dipecahkan kepada dua iaitu seramai 100 orang terdiri daripada golongan yang berpangkat profesional iaitu jawatan gred41 keatas dan bakinya 400 orang terdiri daripada golongan yang berjawatan gred27 kebawah. Kesemua peserta tersebut adalah wakil dari pelbagai jabatan/Unit yang terdapat di dalam Mindef seperti Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit IT dan lain-lain.
Berikut adalah hasil kaji selidik yang telah dilakukan : Merujuk kepada keseluruhan hasil kaji selidik di atas maka kami telah melakukan satu rumusan dan juga beberapa cadangan yang boleh dipraktikan oleh pihak MinDef bagi menjadi kementerian pertama di dalam Malaysia yang melaksanakan dasar BYOD secara menyeluruh dan menjadi sebuah kementerian yang mempunyai fasiliti yang sesuai dan sempurna dalam mengadaptasikan dasar BYOD, disamping ia juga dapat memberikan pelbagai manfaat kepada seluruh kakitangan awam yang berkhidmat di dalam
Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef). Lihat : Rumusan dan Cadangan |