APAKAH MAKNA DAN DEFINISI BYOD ?
BYOD adalah singkatan dari ayat "Bring Your Own Device" iaitu di dalam bahasa malaysia adalah "membawa peranti anda sendiri". Ia juga dikenali sebagai BYOT iaitu "Bring Your Own Technology" atau "membawa teknologi sendiri" dan BYOPC iaitu "Bring Your Own Private Computer" atau "membawa PC anda sendiri". BYOD merupakan suatu konsep atan dasar dimana ia membenarkan pekerja untuk membawa peranti mudah alih sendiri iaitu telefon pintar, tablet dan komputer riba yang boleh digunakan di tempat kerja mereka dan menggunakan peranti-peranti tersebut untuk mengakses maklumat khas dan aplikasi dari pihak syarikat dalam kerja seharian. Dasar BYOD juga digunakan untuk menggambarkan amalan yang sama digunakan untuk pelajar yang menggunakan peranti milik peribadi dalam persekitaran pendidikan. BYOD membuat kemajuan penting dalam dunia perniagaan, dengan kira-kira 75% daripada pekerja dalam pasaran pertumbuhan tinggi seperti Brazil dan Rusia dan 44% di pasaran maju telah menggunakan teknologi mereka sendiri di tempat kerja. Dalam kebanyakan kes, perniagaan tidak termampu untuk menghalang gelombang trend. Beberapa pihak percaya dasar BYOD boleh membantu pekerja menjadi lebih produktif. Selain itu dasar ini juga dikatakan mampu meningkatkan semangat pekerja dan kemudahan dengan menggunakan alat-alat mereka sendiri dan menjadikan syarikat itu kelihatan seperti majikan yang fleksibel dan menarik. Dasar BYOD yang juga boleh menjadi satu cara untuk menarik pekerja baru, terdapat suatu kaji selidik yang menunjukkan bahawa 44% daripada pencari kerja melihat organisasi lebih positif jika ia menyokong peranti mereka. (Rujukan : wikipidea)
|