Hari kedua minggu ICT MinDef 2013 telah berlansungnya satu pertandingan atau game show " Who wants to be an ICT Genius 2013 " dimana 10 peserta terdiri daripada kakitangan MinDef sendiri yang telah dipilih/diundi oleh pihak urusetia daripada ratusan borang penyertaan yang dihantar. Peserta-peserta ini diberikan peluang untuk menjawab 3 soalan dengan 3 tahap kesukaran dan diberi hanya satu talian hayat. Pada hari ini hanya 3 orang sahaja peserta yang sangat bertuah dan menjawab dengan tepat maka terus layak untuk memasuki peringkat akhir pada keesokan harinya. Hadiah utama yang menjadi rebutan bagi game show ini adalah sebuah Ipad. Pertandingan ini juga telah mengamatkan seluruh penonton yang menyaksikan pada hari ini kerana aksi spontan pengacara dan peserta yang sangat mendebarkan.

p/s: kami disini memberikan sokongan penuh buat wakil tunggal dari Bahagian Pentadbiran iaitu ijat yang layak memasuki peringkat akhir... bro nt kalo menang Ipad jgn kerek noh hehe :)



Leave a Reply.