Picture
Puan Noor Hasnira Bt Hamis
PSU Belanjawan 1 (M44)
" Bagi saya BYOD adalah satu dasar yang masih baru di Malaysia.. namun begitu ia sudah jadi satu kemestian sesuatu organisasi untuk mengkaji dan melaksanakan sesuatu dasar yang selari dengan kemajuan dan kepesatan teknologi jika dengan adanya dasar ini, ia memberi pelbagai manfaat yang baik dan dapat meningkatkan kualiti produktiviti setiap kakitangannya "


Picture
Encik Muhamad Sahabudin Bin Abdullah
Pem. Am Pejabat SUB Bahagian Pentadbiran (N1)
" BYOD ini memang dasar yang bagus.. pertama kali dengar tentang dasar ini memang tak berapa nak faham sangat.. tapi bila sudah diberi penerangan baru lah jelas.. dalam keadaan tak sedar rupanya saya memang dah lama amal dasar ini.. saya sendiri gunakan smartphone samsung note 2 dan kerja yang biasanya saya gunakan melalui smarphone ini adalah menyemak emel dari jabatan "


Picture
 Encik Ahmad Faezal Bin Hassan
 PSU Unit Tadbir Bahagian Pentadbiran (M41)
 " BYOD adalah satu perkembangan konsep atau dasar yang terbaru  yang akan memberi pelbagai manfaat dan kebaikan jika ia  diimplementasikan secara menyeluruh.. memandangkan pada masa  kini kecanggihan teknologi dalam penyebaran maklumat dan  perhubungan sosial secara maya menjadi satu fenomena dan  kemestian bagi setiap individu maka dengan adanya dasar BYOD ini  akan menjadi pelengkap kepada sesebuah organisasi "


Picture
Encik Mohd Rhazali Bin Abdul Rasit
Pem. Tadbir (Kewangan) Unit Pentadbiran (W22)
" BYOD memang sangat sesuai dipraktikan di dalam sesebuah organisasi seperti di MinDef.. Saya berharap agar dasar baru ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh di sini.. saya yakin segala halangan atau masalah yang ada dapat diatasi sepenuhnya oleh MinDef dalam merealisasikan keberkesanan BYOD dikalangan kakitangan awam yang berkhidmat di sini "




Leave a Reply.