Koleksi gambar-gambar sepanjang berlangsungnya Minggu ICT MinDef 2013 pada hari kedua...
 
Hari kedua minggu ICT MinDef 2013 telah berlansungnya satu pertandingan atau game show " Who wants to be an ICT Genius 2013 " dimana 10 peserta terdiri daripada kakitangan MinDef sendiri yang telah dipilih/diundi oleh pihak urusetia daripada ratusan borang penyertaan yang dihantar. Peserta-peserta ini diberikan peluang untuk menjawab 3 soalan dengan 3 tahap kesukaran dan diberi hanya satu talian hayat. Pada hari ini hanya 3 orang sahaja peserta yang sangat bertuah dan menjawab dengan tepat maka terus layak untuk memasuki peringkat akhir pada keesokan harinya. Hadiah utama yang menjadi rebutan bagi game show ini adalah sebuah Ipad. Pertandingan ini juga telah mengamatkan seluruh penonton yang menyaksikan pada hari ini kerana aksi spontan pengacara dan peserta yang sangat mendebarkan.

p/s: kami disini memberikan sokongan penuh buat wakil tunggal dari Bahagian Pentadbiran iaitu ijat yang layak memasuki peringkat akhir... bro nt kalo menang Ipad jgn kerek noh hehe :)
 
 
Kepada semua kakitangan awam seluruh warga Kementerian Pertahanan Malaysia, Anda dijuemput untuk memeriahkan Minggu ICT MinDef 2013 yang akan berlangsung pada hari isnin ini dan anda juga dialu-alukan untuk menyertai beberapa pertandingan yang akan dianjurkan seperti :

  • Pertandingan Merekacipta laman BLOG yang bertemakan Connected MinDef : BYOD 1 Fenomena
  • Kuiz : Who Wants To Be An ICT Genius


p/s: Laman Bringmyowndevice.weebly.com juga merupakan peserta di dalam pertandingan merekacipta blog... doakan kejayaan kami dalam pertandingan ini yek... insyaAllah Amin :)
 
Suatu kajian kes tentang keberkesanan penggunaan konsep BYOD di dalam MinDef telah dibuat di kalangan kakitangan awam dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef). Seramai 500 orang kakitangan awam Mindef terlibat di dalam kajian kes ini dimana setiap orang yang terlibat perlu menjawab borang kaji selidik yang disediakan. Kami juga telah melakukan satu sesi pembentangan kepada mereka tentang dasar BYOD dan juga satu sesi soaljawab dilakukan oleh kami bersama peserta-peserta yang terlibat. Kumpulan ini dipecahkan kepada dua iaitu seramai 100 orang terdiri daripada golongan yang berpangkat profesional iaitu jawatan gred41 keatas dan bakinya 400 orang terdiri daripada golongan yang berjawatan gred27 kebawah. Kesemua peserta tersebut adalah wakil dari pelbagai jabatan/Unit yang terdapat di dalam Mindef seperti Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit IT dan lain-lain.


                          Lihat : Kajian Kes BYOD dengan kerjasama Kementerian Pertahanan (MinDef)
 
Muat turun fail ini :
sophosbyodrisksrewardswpna.pdf
File Size: 459 kb
File Type: pdf
Download File

 
Picture
Puan Noor Hasnira Bt Hamis
PSU Belanjawan 1 (M44)
" Bagi saya BYOD adalah satu dasar yang masih baru di Malaysia.. namun begitu ia sudah jadi satu kemestian sesuatu organisasi untuk mengkaji dan melaksanakan sesuatu dasar yang selari dengan kemajuan dan kepesatan teknologi jika dengan adanya dasar ini, ia memberi pelbagai manfaat yang baik dan dapat meningkatkan kualiti produktiviti setiap kakitangannya "


Picture
Encik Muhamad Sahabudin Bin Abdullah
Pem. Am Pejabat SUB Bahagian Pentadbiran (N1)
" BYOD ini memang dasar yang bagus.. pertama kali dengar tentang dasar ini memang tak berapa nak faham sangat.. tapi bila sudah diberi penerangan baru lah jelas.. dalam keadaan tak sedar rupanya saya memang dah lama amal dasar ini.. saya sendiri gunakan smartphone samsung note 2 dan kerja yang biasanya saya gunakan melalui smarphone ini adalah menyemak emel dari jabatan "


Picture
 Encik Ahmad Faezal Bin Hassan
 PSU Unit Tadbir Bahagian Pentadbiran (M41)
 " BYOD adalah satu perkembangan konsep atau dasar yang terbaru  yang akan memberi pelbagai manfaat dan kebaikan jika ia  diimplementasikan secara menyeluruh.. memandangkan pada masa  kini kecanggihan teknologi dalam penyebaran maklumat dan  perhubungan sosial secara maya menjadi satu fenomena dan  kemestian bagi setiap individu maka dengan adanya dasar BYOD ini  akan menjadi pelengkap kepada sesebuah organisasi "


Picture
Encik Mohd Rhazali Bin Abdul Rasit
Pem. Tadbir (Kewangan) Unit Pentadbiran (W22)
" BYOD memang sangat sesuai dipraktikan di dalam sesebuah organisasi seperti di MinDef.. Saya berharap agar dasar baru ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh di sini.. saya yakin segala halangan atau masalah yang ada dapat diatasi sepenuhnya oleh MinDef dalam merealisasikan keberkesanan BYOD dikalangan kakitangan awam yang berkhidmat di sini "

 
Antara langkah-langkah untuk mengatasi risiko BYOD dan mengoptimumkan penggunaan BYOD dalam sesebuah syarikat/organisasi adalah :
  • Menyediakan dan mengemaskini peranti baru.                                                                                     Dengan kemasukan alat-alat jabatan IT perlu menambah semua rangkaian mereka. Penyelesaian seperti "Tools4ever’s User Management Resource Administrator (UMRA)" membenarkan kakitangan IT dengan mudah menambah peranti-peranti baru dengan menambah mereka dalam "Active Directory".   "End users" juga dapat mendaftar peranti mereka sendiri jika diperlukan.(Tools4ever.com)
  • Hanya membenarkan peranti tertentu untuk didaftarkan.                                                                Oleh kerana terdapat pelbagai jenis jenama alat-alat yang boleh digunakan pekerja yang berbeza, organisasi perlu membuat keputusan yang mana yang ia akan benarkan dan sokong. Ini membolehkan ia memberi tumpuan kepada pilihan sempit peranti dan dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul dengan jenis-jenis peranti. Apabila pengguna cuba untuk mendaftar peranti,UMRA boleh ditubuhkan untuk membenarkan peranti yang disokong untuk didaftarkan, sekaligus tidak membenarkan peranti yang tidak disokong untuk didaftarkan pada rangkaian syarikat.
  • Penguatkuasaan Akta Keselamatan.                                                                                                      Keselamatan adalah satu isu besar dalam pelaksanaan BYOD di dalam sebuah syarikat/organisasi. Apabila seseorang pekerja meninggalkan syarikat, dia membawa keluar peranti bersama-sama jadi ia adalah penting bahawa setiap pekerja yang sudah berhenti berkhidmat tidak boleh mengakses kepada data syarikat yang penting dan sulit. Dengan UMRA, sebaik sahaja seseorang pekerja meninggalkan syarikat maka akaun beliau boleh secara automatik dimatikan dan dengan itu menyahaktifkan akses kepada rangkaian dan data yang selamat. Ini akan memastikan bahawa apabila pekerja meninggalkan dia tidak akan dapat terus mengakses data syarikat penting. Ini juga boleh membantu untuk mematuhi peraturan-peraturan dan keperluan audit. Tiada siapa yang akan mempunyai akses kepada aplikasi dan data jika mereka sudah tidak lagi mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut lagi.(Rujukan : mbtmag.com)
 
(Rujukan : mobileubiquity.com)
 
Berikut adalah satu kajian kes yang dilakukan oleh CISCO terhadap pelanggannya iaitu Brunel University :
Muat turun Kajian kes ini :
cis_brunel_case_study_4pp.pdf
File Size: 1005 kb
File Type: pdf
Download File